Macam-macamlah gelagat manusia sekarang ni. Lepas satu, satu. Kadang-kadang rasa nak ketawa pun ada. Apasal abang Putra? Ya lah saya dengar ada lelaki pakai tuala wanita. Eh, biar betul. Memang betul pun. Dia "datang bulan" ke? Tidak. Habis apasal? Tabiat nak mampus agaknya. Sabar-sabar abang nak ceritakanlah ni.
Begini kisahnya. Dia pakai bukan kerana "datang bulan" tapi kerana nak menyorok dadah. Kreatif betul penyeludup dadah ni. Tapi jenis ni kreatif tak bertempat. Tapi lelaki warga Malaysia ni akhirnya tertangkap juga apabila ditangkap pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta. Alahai! macam-macamlah ragam manusia ni.
abg putra - lepas ni ada lelaki pakai coli pulak kot!
2 comments:
hahaaa..yeke? mana dapat tahu ni? duit punya pasal macam tu la..=)
biasa la tuu
Post a Comment